Ringkasan 30 Strategi Membina Pengaruh

Sinopsis buku

30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.

Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.